malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'PAS sendirian tanding semua kerusi di Terengganu'
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 3:16 PM
Dikemaskini: 7:24 AM
ADS

PAS layak bertanding semua kerusi di negeri Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata wartawan veteran Subky Latif.

“PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal, yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya.

“Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” Subky dipetik sebagai berkata oleh Buletin Online.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang empat daripada 8 kerusi parlimen. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, parti itu berjaya di 14 daripada 32 kerusi keseluruhan.

Terengganu antara lima negeri sasaran utama PAS dalam pilihan raya umum depan, selain Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor.

Dalam satu wawancara pada Ahad, Subky dilaporkan berpendapat sebarang perbincangan dengan parti lain yang tidak bersedia menerima syarat PAS hanya membuang masa.

“Sepatutnya PAS bertanding semua… dulu pun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi.

“Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersendirian… maka pilihan kita tidak ada, sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada dasar ‘PAS ganti Umno’,” jelasnya.

Lihat Komen