malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Logo, nama baru HARAPAN kita bincang kemudian'
ADS

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub hari ini mengalu-alukan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Namun, untuk pertukaran lain dicadangkan Pengerusi Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad, Salahuddin berkata perkara itu boleh dibincangkan kemudian.

"AMANAH mengalu-alukan hasrat Tun Mahathir yang mewakili BERSATU yang mahu menjadi sebahagian Pakatan Harapan.

"Kita alukan hasrat itu. Tentang logo, manifesto, nama, itu boleh bincang nanti di peringkat Majlis Presiden.

"Bagi saya, kita menerima hasrat BERSATU untuk bersama HARAPAN kerana mudah bagi rakyat buat pilihan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Bukit Aman.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, BERSATU akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan HARAPAN tetapi meminta nama itu ditukar.

BERSATU juga menegaskan keperluan menggunakan satu logo pembangkang untuk berdepan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, DAP juga berkongsi nada dengan AMANAH.

“Bagi kita ini Cuma cadangan yang kita sambut baik.

“Kita perlu bincang dalam mesyuarat Pakatann Harapan dan buat keputusan tersebut,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di lobi perlimen hari ini.

Lihat Komen