malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Tidak ada seinci tanah Johor diberikan sebagai hak kekal’
ADS

Seorang ahli parlimen Umno Johor menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan negeri memberikan tanah milik kekal kepada orang asing dalam pembangunan Forest City.

Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap berkata status pegangan kekal adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.

“Memanglah hak milik kekal sebab kerajaan bukan luluskan tanah tetapi hak pemilikan strata.

“Tidak ada seinci pun tanah Johor yang dimaksudkan hak milik kekal ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas tindakan Mahathir bergambar dengan papan tanda yang mengiklankan hartanah hak milik kekal di projek kediaman Gelang Patah, untuk membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan BN Johor menjual tanah kepada rakyat asing.

Sementara itu, Anuar berkata projek Forest City yang dibangunkan atas tanah tambak dengan pemaju membayar 30 sen bagi setiap kaki persegi tanah sebagai bayaran pampasan kepada nelayan yang terjejas.

“Tiada kaitan dengan tanah Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP kerana tanah PTP milik mereka sendiri dan PTP bukan milik kerajaan,” katanya.

Beliau menuduh Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba untuk memprovokasi rakyat yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang isu itu.

“Dah tak ada isu dah geng-geng ini,” katanya.

Mahathir dalam blognya hari ini membayangkan bahawa Najib cuba mengelirukan orang ramai apabila beliau berkata kedaulatan Malaysia tidak terjejas dengan projek Forest City kerana unit yang dijual adalah secara pajakan 99 tahun.

Bekas perdana menteri itu berkata, ramai rakyat tidak berjaya untuk menukar plot kecil tanah mereka menjadi hak milik kekal sedangkan warga asing boleh mendapatkannya dengan mudah di Forest City.

Beliau juga mengulangi kebimbangannya berhubung projek yang dipasarkan hampir secara eksklusif kepada pembeli dari China.

Forest City, yang dibina di atas tanah tebus guna seluas 1,400ha, juga telah diisytiharkan sebagai zon bebas cukai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen