malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Saya bukan macai Dr M, dia pun bukan balaci saya'
Diterbitkan:  Mar 14, 2017 2:29 PM
Dikemaskini: 6:51 AM
ADS

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu pemimpin Umno dan BN untuk membuat keputusan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Beliau berkata walaupun Umno mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai macainya, pemimpin MCA dan Gerakan berhujah sebaliknya.

"Bolehkah Umno / BN menetapkan fikiran mereka mengenai siapa yang macai dan siapa pula yang menjadi balaci," katanya dalam satu kenyataan.

Pada hakikatnya, Lim berkata Mahathir bukan macai beliau dan beliau pula tidak menari mengikut rentak bekas perdana menteri itu.

"Mahathir sudah berusia lebih 91 tahun dan menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Apa gunanya beliau menjadi macai saya? Dan bagaimana secara tiba-tiba saya begitu berkuasa?” soalnya.

"Saya berusia 76 tahun, dan 51 tahun terbabit secara aktif dalam politik kerana cinta saya kepada negara untuk memastikan Malaysia menjadi negara makmur, demokratik yang majmuk ...

"Saya telah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, diheret ke mahkamah berulang-kali atas tuduhan yang direka-reka.

“Anak saya, Guan Eng pula pernah ditahan di bawah ISA dan dihumban ke penjara serta hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen kerana membela seorang gadis bawah umur.

“Mengapa saya perlu jadi macai Mahathir?" katanya.

Makan bayi untuk sarapan

Sambil menekankan bahawa Dr Mahathir dan dirinya mempunyai pandangan dan pendapat yang kukuh, Lim berkata mereka bekerjasama sebagai rakyat Malaysia yang patriotik untuk menyelamatkan negara daripada menjadi sebuah negara gagal.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, para pemimpin Umno dan BN masa kini gagal untuk memahami bahawa dalam politik, ada peranan lain selain daripada menjadi tali barut atau boneka.

Lim juga mendakwa bahawa mula terdapat perubahan dalam dasar berdekad-dekad lamanya media arus perdana yang menyenarai-hitamkannya.

Sambil menyifatkan ia sebagai "fenomena baru", pemimpin DAP itu berkata, beliau mula muncul hampir setiap hari dalam akhbar dan stesen televisyen yang sebelum ini menjauhinya.

"Tetapi tidak ada berita, fakta atau kebenaran, selain pembohongan benar-benar.

“Perkara salah dan berita palsu untuk memburuk-burukkan saya, menggambarkan saya sebagai syaitan, hantu, puaka atau jembalang, seolah-olah saya bernafaskan api atau makan bayi untuk sarapan.

“Bahawasanya yang saya anti-Melayu, anti-Islam dan saya adalah punca rusuhan kaum 13 Mei pada tahun 1969 walaupun saya tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu dan sebenarnya saya berada di Kota Kinabalu," katanya.

Perkara ini, dakwa Lim, adalah mudah dan semuanya tertanam dalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta kebimbangan penasihatnya akan kekalahan pada pilihan raya umum akan datang.

"Mereka melakukan sedaya upaya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu daripada menyokong DAP, Pakatan Harapan dan BERSATU dengan memperhebatkan dan meningkatkan kebencian mereka ke atas DAP dan saya sendiri," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen