malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Singapura sekat bekas pengarah bank berkaitan 1MDB
Diterbitkan:  Mar 13, 2017 6:08 PM
Dikemaskini: 10:19 AM
ADS

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengharamkan bekas pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner daripada berurusniaga di negara ini berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS mengeluarkan perintah larangan 10 tahun terhadap Leissner kerana pelanggaran berkaitan 1MDB.

Menurut MAS, Leissner pada Jun 2015 mengeluarkan surat tanpa kebenaran kepada sebuah institusi kewangan di Luxembourg dan membuat kenyataan palsu bagi pihak Goldman Sachs (Asia) tanpa pengetahuan syarikat.

Berikutan itu, Leissner dihalang daripada menjalankan sebarang aktiviti yang dikawal selia oleh Akta Niaga Hadapan dan Sekuriti Singapura atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana firma perkhidmatan pasaran di republik itu.

Leissner dilaporkan seorang tokoh utama dalam usaha Goldman Sach meningkatkan AS$ 6.5 bilion menerusi penjualan tiga bon pada tahun 2012 dan 2013.

Goldman Sachs dilaporkan meraih AS$ 593 juta komisen melalui perjanjian itu.

Leissner (foto) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merupakan ketua panel penasihat 1MDB bergambar bersama-sama di San Francisco pada September 2013 ketika perdana menteri merasmikan Khazanah Americas Incorporated (KAI).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen