malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Keputusan SPM diumum Khamis depan
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 5:10 PM
Dikemaskini: 10:05 AM
ADS

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarkan Khamis minggu depan, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Kementerian berkata calon persendirian akan dimaklumkan keputusan mereka melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaan dahulu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi 16 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 22 Mac.

Seramai 434,535 calon mendaftar menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara yang daripada jumlah itu, 377,194 calon adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 9,094 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contohnya Maktab Rendah Sains Mara).

Seramai 7,931 calon pula adalah calon sekolah agama negeri, 12,847 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,713 adalah calon persendirian manakala baki 1,756 orang merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat.

- Bernama

Lihat Komen