malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Adakah KM S'wak juga anti-Islam, soal Kit Siang
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 3:43 PM
Dikemaskini: 8:47 AM
ADS

Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berpendapat ketua menteri Sarawak sebagai anti-Islam.

Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Asyraf Wajdi sebelum ini yang menuduh DAP sebagai anti-Islam selepas menggesa semua menteri yang bukan dari Umno meletakkan jawatan jika Putrajaya memberikan keutamaan ke atas rang undang-undang (RUU) yang diusulkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga presiden PAS.

RUU tersebut diusulkan bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk meningkatkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah dari penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan kepada penjara selama 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Lim menegaskan, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta arwah Tan Sri Adenan Satem telah mengarahkan semua ahli Parlimen BN Sarawak untuk menentang pindaan itu.

"Saya mahu tanya Asyraf satu soalan: Adakah beliau secara serius mencadangkan mereka yang menentang usul RUU Abdul Hadi ini...anti-Islam?

"Saya ingin bertanya lagi sama ada Asyraf menuduh Presiden PBB, Abang Johari dan empat menteri PBB yang beragama Islam...sebagai anti-Islam?

"Atau Asyrah akan mengakui kedua-dua orang Islam dan bukan Islam boleh menentang usul RUU Abdul Hadi tanpa dianggap sebagai anti-Islam?," kata Lim.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Asyraf tersalah faham mengenai kenyataan yang mencabar 15 menteri yang bukan dari Umno untuk meletakkan jawatan jika usul Hadi diberikan keutamaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen