malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM pengerusikan mesyuarat khas bersama KSU
ADS

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat khas bersama ketua-ketua setiausaha kementerian di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat tersebut kira-kira pukul 3.30 petang yang antaranya dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ia turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Mesyuarat berakhir kira-kira 5.30 petang. -Bernama

Lihat Komen