malaysiakini logo
story-image
ADS

Seorang ahli akademik bimbang kes senario terburuk, sekiranya berlaku, ekoran ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara ialah Pyongyang mungkin mengarahkan penangkapan rakyat Malaysia di negara itu.

Jika ini berlaku, kata James Chin dari Universiti Tasmania, ia menghantar isyarat bahawa Pyongyang sedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk mendapatkan jasad Kim Jong-nam yang mati dibunuh.

"Pada masa ini, mereka tidak melakukan apa-apa terhadap rakyat Malaysia, yang dilarang keluar dari negara ini," kata Chin kepada Malaysiakini.

Chin mendasarkan spekulasinya itu terhadap laporan yang berkaitan dengan aktiviti pengganas yang berlaku di beberapa negara, di mana Korea Utara telah terlibat.

"Korea Utara tidak dapat diramalkan, mereka tidak mengikut undang-undang biasa, dan ia akan sukar untuk berunding dengan rejim Korea Utara. Mereka akan melakukan perkara-perkara gila.

"Terdapat laporan bahawa rejim Korea Utara pada masa lalu, telah terlibat dalam keganasan," katanya.

BBC telah melaporkan bahawa Korea Utara mempunyai sejarah yang panjang dipercayai menghantar ejen-ejen ke luar negara untuk melakukan penculikan, pembunuhan dan pengeboman.

Pyongyang semalam melarang rakyat Malaysia di sana daripada meninggalkan republik itu, selepas pengusiran Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.

Dalam responsnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak polis untuk menghalang semua Korea Utara daripada meninggalkan Malaysia.

Terdapat 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, termasuk kakitangan kedutaan dan keluarga mereka.

Ia juga melaporkan terdapat kira-kira 1,000 rakyat Korea Utara berada di Malaysia, yang sebelum ini membenarkan kemasukan rakyat Korea Utara tanpa visa.

Chin tetap skeptikal sama ada larangan Putrajaya itu bermakna apa-apa kepada pemerintahan diktator komunis itu.

Masih ada ruang diplomasi

Sementara itu, penganalisis Phoon Wing Keong berkata perdana menteri telah menyifatkan tindakan Korea Utara itu telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan, bagi menyerlahkan betapa seriusnya masalah itu.

Malaysia menggunakan strategi itu untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa, dengan harapan mereka akan memberi tekanan kepada Pyongyang untuk melepaskan rakyat Malaysia, katanya

Istilah 'tebusan' akan memberi persepsi buruk terhadap Korea Utara dan dianggap telah melanggar norma-norma antarabangsa tertentu dengan bertindak secara melulu, kata Phoon.

[Baca berit penuh]

 

Lihat Komen