malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'China, Rusia, Iran mungkin boleh bantu Malaysia'
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 12:03 PM
Dikemaskini: 4:06 AM
ADS

Sebuah NGO bantuan kemanusiaan mencadangkan penglibatan pihak ketiga bagi membantu menyelesaikan ketegangan Malaysia-Korea Utara dalam isu siasatan terhadap kematian Kim Jong-Nam.

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU) berpendapat pihak itu harus terdiri daripada negara atau individu yang dihormati kedua-dua negara, iaitu China, Rusia atau Iran.

“Pihak ketiga dilihat mampu meredakan ketegangan yang semakin meruncing ini.

“SERANTAU yakin tindakan kerajaan Malaysia adalah bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan rakyatnya.

“Kami penuh yakin kemelut ini akan berakhir dengan aman dan damai,” kata pengerusinya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Dalam kenyataan hari ini, Raja Ahmad yang juga bekas pemimpin Pemuda PAS berkata selain menjernihkan keadaan, kedua-dua pihak tidak akan rugi apa-apa dengan langkah itu.

Sementara itu, Raja Ahmad juga berkata Korea utara telah melanggar semua konvensyen antarabangsa dengan menyekat rakyat Malaysia pulang ke negara ini.

Beliau menegaskan, berdasarkan Konvensyen Vienna, tiada negara boleh melarang mana-mana pegawai diplomatik daripada diapa-apakan atau diganggu kebebasan dan keselamatannya.

Lihat Komen