malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ANAK mahu MP bentang usul tergempar situasi Felda
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 10:05 AM
Dikemaskini: 2:30 AM
ADS

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mahu ahli Parlimen mengemukakan usul tergempar mengenai isu-isu yang didakwanya sedang dihadapi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Gesaan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa Felda sedang menghadapi masalah kewangan akibat dakwaan salah urus.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata jika penubuhan Felda bermula di Parlimen, maka ANAK berpandangan, Parlimen jugalah medan terbaik membincangkan situasi Felda yang didakwanya sedang parah.

"ANAK difahamkan ada soalan bertulis mengenai Felda dikemukakan oleh ahli Parlimen. Namun, ia tidak memadai dengan senario dan kemelut yang sedang dihadapi Felda," kata Mazlan dalam satu kenyataan semalam.

Mazlan berkata usul tergempar yang perlu membahaskan berikut:

1. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan kehilangan berbilion wang felda khususnya di era Tan Sri Isa Samad.

2. Siasatan menyeluruh sebab kerugian besar Felda seperti dalam Laporan Tahunan Felda pada 2013 dan 2014.
 
3. Kaji semula kedudukan FGV dalam Bursa Malaysia yang didakwa menjejaskan kestabilan Felda pada ketika ini.
 
Mazlan berkata perkara ini adalah amat penting kerana ia melibatkan 1.5 juta peneroka Felda.

Pada pertengahan bulan Januari, Pengerusi Felda sekarang, Tan Sri Shahrir Samad dilaporkan berkata terdapat "ketirisan" di cabang pelaburannya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen