malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pembangkang minta taklimat khas isu Korea Utara
ADS

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, beliau ada berjumpa dengan speaker Dewan Rakyat bagi meminta taklimat khas mengenai isu Malaysia-Korea Utara.

Menurut Wan Azizah, beliau bertemu dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi meminta agar taklimat kerajaan kepada pembangkang diadakan bagi mengetahui situasi sebenar.

"Kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Hubungan diplomatik telah menjadi tegang. Kita tak mahu bercakap tentang perkara itu tanpa sebarang maklumat.

"Kita mahu diberi taklimat sebagai seorang anggota parlimen, jadi kita tahu apa sebenar yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas sidang Parlimen hari ini.

Menurut anggota parlimen Permatang Pauh itu lagi, beliau bertemu dengan Pandikar bersama Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad.

Selain itu, Wan Azizah berkata, speaker maklum dengan cadangan itu tetapi belum memutuskan tarikh dan masa mengenai taklimat berkenaan.

"Speaker cakap OK tetapi menteri luar berada di luar negara. Kita mungkin minta timbalannya atau menteri dalam negeri (untuk beri taklimat).

"Kami juga fikir mungkin pihak polis juga boleh beri taklimat pada kita," kata presiden PKR itu lagi.

Lihat Komen