malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah AS beri kelulusan jual hotel Jho Low
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 4:12 PM
Dikemaskini: 8:14 AM
ADS

Seorang hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat memberi kelulusan kepada Jabatan Keadilan (DOJ) dan pemaju hartanah New York, Steven Witkoff untuk menjual Hotel Park Lane Hotel, yang sebahagiannya dimiliki oleh Jho Low.

Menurut Wall Street Journal, hakim Dale Fischer membuat keputusan itu dan mengketepikan bantahan Low atas alasan Witkoff akan "memperkayakan dirinya dengan mengorbankan kepentingan Low”.

Dokumen mahkamah juga menunjukkan bahawa Low memiliki sebahagian besar ekuiti berkenaan apabila kumpulan yang diketuai oleh Witkoff membeli hotel 46 tingkat itu pada tahun 2013 pada harga AS$654 juta.

Penjualan hotel itu adalah sebahagian daripada perjanjian kerjasama yang dicapai tahun lalu antara kerajaan Amerika Syarikat dan Witkoff.

Langkah itu dilaporkan bertujuan untuk menstabilkan kewangan hartanah berkenaan dan Low daripada kumpulan yang dimiliknya itu.

Low, yang memiliki kepentingan majoriti di hotel itu, kemudian menjual sebahagian daripada kepentingannya kepada Mubadala Development Co, sebuah firma dana kekayaan negara Abu Dhabi.

Mubadala pada mulanya membantah perjanjian kerjasama yang difailkan di mahkamah oleh DOJ dan Witkoff awal bulan ini tetapi kemudiannya menarik balik bantahan tersebut.

Seorang jurucakap Mubadala tidak memberi reaksi kepada permintaan untuk mendapatkan ulasan.

Apabila DOJ dan Witkoff - yang belum dituduh daripada sebarang salah laku - meminta mahkamah meluluskan perjanjian itu, mereka hanya memohon kebenaran mahkamah untuk menjual saham majoriti Low di hotel.

Bagaimanapun, pelan jualan itu sekarang merangkumi seluruh hotel, kata WSJ yang memetik dokumen mahkamah.

Low dituduh sebagai antara tokoh utama di sebalik dakwaan penyelewengan berbilion ringgit daripada 1MDB.

DOJ, yang cuba merampas aset Low, mendakwa bahawa lelaki itu menggunakan sebahagian daripada hasil 1MDB untuk membeli kepentingannya dalam Park Lane.

Jurucakap Low juga tidak menjawap permintaan WSJ untuk komen. Low secara konsisten menafikan sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen