malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
NGO tuntut Azmin jawab 3 persoalan isu SMUE, Yawas
Diterbitkan:  Feb 22, 2017 5:51 PM
Dikemaskini: 9:54 AM
ADS

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak boleh sekadar berdiam diri dan memeluk tubuh sahaja atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Presiden NGO Aktivis Belia Tanah Air (Abata), Azrinizam Ibrahim berkata, ini kerana dakwaan tersebut melibatkan jumlah dana yang besar dan wang rakyat.

"Azmin perlu menjawab tiga soalan utama berkaitan dana SMUE dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor kerana rakyat perlu tahu kebenarannya.

“Dokumen yang didedahkan mengundang kepada tiga persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu menjelaskan benar atau tidak RM10 juta diseleweng dari dana warga emas, SMUE dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang ahli parlimen pembangkang.

“Dakwaan ini berdasarkan sepucuk surat dari Perbendaharaan negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada pengurus cawangan Ambank memohon membuka akaun SMUE untuk sembilan orang ahli pembangkang ini.

“Kedua, Azmin perlu menjawab dan menerangkan dari mana sumber RM10 juta ini diperolehi dan ketiga, ke mana perginya wang RM10 juta yang dimasuk dalam akaun sembilan orang ahli parlimen itu digunakan.

"Apakah benar diguna untuk tujuan kebajikan warga emas dan khairat kematian negeri Selangor atau sebaliknya,” katanya lagi, memetik laporan Umno Online.

Lebih dari itu, tambah Azrinizam, laporan ketua audit negara pada 2011 merumuskan program di bawah Yawas ini meragukan dan tiada dokumen lengkap berkaitan perkara ini.

“Ini bermakna, biarpun ditegur oleh laporan audit negara, Yawas terus beroperasi tanpa SOP dan dokumen yang lengkap sehingga ke tahun ini.

Ini adalah satu perkara serius dan perlukan penjelasan yang lanjut daripada kerajaan pimpinan Azmin di Selangor kerana rakyat negeri itu sedang terpedaya dengan mimpi indah SMUE dan Yawas, katanya lagi.

Lihat Komen