malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tidak ada 'api' di belakang rumah DAP, kata Kit Siang
ADS

Tidak ada "api" di belakang rumah DAP, walaupun selepas empat wakil rakyat parti itu berpaling tadah, kata pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Beliau mengulas keputusan mengejutkan yang menyaksikan ahli parlimen tunggal DAP di Melaka, Sim Tong Hin (Kota Melaka), keluar parti pada hari Ahad lalu, bersama-sama dengan tiga ADUN - Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong ).

"Semua parti ada masalah mereka, saya tidak fikir ada mana-mana parti yang tidak mempunyai masalah.

"Masalah ini, jika ada, seharusnya hanya satu (isu peletakan jawatan), tetapi bukannya ‘api’ yang sedang diperkatakan oleh semua orang," katanya pada sidang akhbar selepas melawat beberapa kawasan sekitar bandar Melaka.

Siri jelajahnya tertumpu pada kawasan pilihan raya di mana empat wakil rakyat parti itu yang baru-baru ini berpaling tadah.

Bagaimanapun, Lim berkata, bahawa kunjungannya itu bertujuan untuk menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat negeri Melaka.

"Di sinilah saya mula. seorang ahli parlimen dan tiga ADUN telah berpaling tadah, saya fikir kita perlu datang dan...

“Seperti yang saya katakan, saya memohon maaf kepada rakyat atas tindakan mereka (keluar parti).

"Saya memohon maaf kepada rakyat negeri Melaka kerana pembelotan seorang ahli parlimen dan tiga ADUN itu," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen