malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti
Diterbitkan:  Feb 12, 2017 1:14 PM
Dikemaskini: 7:23 AM
ADS

Empat wakil rakyat DAP Melaka hari ini bertindak keluar dari parti itu, menurut laporan portal Oriental Daily Online hari ini.

Mereka yang terdiri daripada Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong, dilaporkan mengumumkan keputusan mereka pada sidang media.

Satu klip video sidang akhbar itu disiarkan oleh Oriental Daily.

Mereka berkata tindakan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan dengan mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asal.

Sim turut memohon maaf kerana menyokong PAS, bekas rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum ke-13 yang didakwanya telah mempercepatkan 'Islamisasi di Malaysia'.

Februari lalu, Sim dan Goh digantung selama setahun kerana berulang kali membuat kenyataan yang didakwa merosakkan reputasi parti itu.

Tindakan mereka yang berkenaan keluar parti menyebabkan DAP hanya memiliki baki tiga kerusi di dewan undangan negeri iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh manakala tiada kerusi parlimen.

Lihat Komen