malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2 pegawai kanan Felda termasuk 'Datuk' dibebaskan
Diterbitkan:  Feb 3, 2017 12:50 PM
Dikemaskini: 4:52 AM
ADS

Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini membebaskan dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar 'Datuk' yang direman sejak 10 hari lalu dengan jaminan RM400,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan bekas Pengarah Besar Felda yang berrgelar ‘Datuk’ dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik), masing-masing berusia 57 dan 53 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua mereka ditahan sejak 25 Januari lalu oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta atau RM47.7 juta sejak 2014.

Terdahulu, mereka dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM.

Kedua-duanya bersama tiga lagi bekas pegawai Felda lain, sebelum ini direman tujuh hari bermula 25 hingga 31 Januari selepas ditahan di sekitar Lembah Klang melalui Operasi Caviar pada 24 Januari.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Lihat Komen