malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Kenapa Saudi Aramco tarik diri dari projek di Pengerang?
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 9:05 AM
Dikemaskini: 3:30 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.

“Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).

“Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.

Katanya, Najib yang juga menteri kewangan bertanggungjawab untuk menjelaskan kenapa pelaburan di projek projek kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID)ditarik balik.

“Kita mungkin boleh mengaitkan dengan kehilangan keyakinan oleh syarikat asing untuk melabur di Malaysia, sebagai kesan daripada skandal 1MDB yang menjadi tumpuan media-media asing,” katanya.

Memetik sumber, laporan media minggu lalu melaporkan Saudi Aramco tidak meneruskan usaha sama itu.

Juga memetik sumber, The Wall Street Journal pula pada Khamis lalu berkata Saudi Aramco telah menyimpulkan projek itu tidak akan menjana hasil yang mencukupi.

Petronas pada Jumaat dilaporkan akan meneruskan projek itu demi memastikan operasi Rapid bermula pada 2019, walaupun tanpa penyertaan Saudi Aramco, lapor Reuters.

Projek itu, kata syarikat itu, sudah 54 peratus siap.

September tahun lalu, Petronas dan Saudi Aramca berbincang dengan bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman AS$7.5 bilion (RM33.23 bilion) untuk membiayai projek itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen