malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis Besut: Foto pondok polis tenggelam air tak benar
Diterbitkan:  Jan 21, 2017 6:35 AM
Dikemaskini: 11:01 PM
ADS

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi menafikan Pondok Polis Tenang, di daerah itu dinaiki air sehingga paras paha seperti yang tular di media sosial.

Sebaliknya beliau berkata foto berkenaan adalah gambar lama yang ditularkan semula oleh sesetengah individu.

Menurutnya, memang ada kawasan di Besut mula dinaiki air sejak petang semalam ekoran hujan lebat yang berlarutan dari awal pagi.

"Namun gambar yang disebarkan adalah gambar lama dan situasi air naik setinggi paha di Pondok Polis Tenang itu berlaku pada 3 Januari lepas.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan gambar yang tidak disahkan ke dalam media sosial agar tidak menimbulkan keresahan dan panik kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Banjir gelombang keempat mula melanda Terengganu petang semalam dengan pembukaan 11 pusat pemindahan di dua daerah iaitu 10 di Besut dan satu di Setiu melibatkan 194 mangsa setakat pukul 10.30 malam tadi.

- Bernama

Lihat Komen