malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Jika petrol ini rasuah, mereka raja segala rasuah'
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 7:06 PM
Dikemaskini: 11:10 AM
ADS

Anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini berjaya membayar minyak petrol 1,000 motosikal di sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur.

Katanya, kira-kira 5,000 dibelanjakan menggunakan wang sendiri – langkah yang bertujuan menyindir cadangan mahu mengharamkan motosikal berkuasa rendah atau kapcai memasuki ibu kota.

“Pakatan Harapan ambil berat pada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang menunggang kapcai.

“Ini cara menunjukkan kasih sayang dan kepedulian pada mereka,” katanya.

Beliau mengakui acaranya hari ini turut berniat menyatakan bantahan kepada idea larangan terhadap kapcai itu yang mula-mula terbit dari mulut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lim turut menafikan pemberian petrol itu satu bentuk rasuah.

Sebaliknya, ia hanya pemberian kecil HARAPAN sempena perayaan tahun baru Cina yang bakal tiba hujung bulan ini.

“Rasuah berlaku apabila orang beri kamu duit dan kamu kena balas dengan sesuatu, kedua-dua gembira.

“Sekarang, HARAPAN beri percuma (petrol) dan balasannya cuma jabat tangan dan 'terima kasih',” katanya.

“Jika jabat tangan dan 'terima kasih' satu bentuk rasuah, saya tak boleh kata apa lagi.

“Saya fikir semua pemimpin BN patut ditangkap kerana edar pemberian kepada orang ramai pada festival tertentu,” katanya.

“Jika saya merasuah, mereka ini raja segala rasuah,” katanya.

Lihat Komen