malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K’jaan Selangor paling terjejas dengan persempadanan semula
ADS

Kerajaan negeri Selangor hari ini memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ia antara negeri yang paling terjejas dengan persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam yang mengetuai kerajaan negeri, Datuk Cyrus Dass berkata dengan pembahagian pengundi yang tidak sekata itu hanya membawa kelebihan kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Seperti Sri Andalas apa yang merupakan kawasan yang berbilang kaum kini telah menjadi majoriti kaum sahaja.

“Enam daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Selayang berpindah ke Bukit Lanjan semua stesen ini adalah pro-Pakatan.

“Enam kawasan pengundian adalah mengundi Pakatan Rakyat dan penyingkiran mereka hanya akan meningkatkan prestasi BN dalam PRU akan datang,” katanya.

Enam kawasan itu adalah Petaling Jaya Utara dinamakan Damansara (84,456 kepada 150,439), Serdang dinamakan Bangi (139,013 kepada 146,168) dan Klang (98,285 kepada 141,275).

Selain itu Petaling Jaya Selatan (78,404 kepada 129,363), Subang (101,603 kepada 128,330) dan kota Raja (110,082 kepada 121,126).

Cyrus berkata demikian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dalam sesi pendengaran hari ini.

Cyrus dan Datuk S Ambiga yang mewakili kerajaan Selangor dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan serta Azizan Md Arshad mewakili SPR.

Dalam sesi pendengaran hari ini Cyrus di dalam hujahnya turut menyentuh amalan gerimander

Sesi pendengaran hari ini ditangguhkan pada 24 Januari depan bagi membenarkan proses hujahan diteruskan sebelum sebarang keputusan dibuat pihak mahkamah.

Untuk tempoh itu juga, mahkamah menetapkan larangan kepada SPR untuk meneruskan proses ‘inquiri’ sepanjang prosiding perbicaraan berjalan.

Terdahulu kerajaan Negeri memohon kepada pihak mahkamah membatalkan notis dan syor berhubung proses persempadan semula SPR.

Tindakan itu dibuat susulan pencabulan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan apabila wujudnya penafian komposisi kaum di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.

Permohonan semakan itu juga menyaksikan Selangor sebagai negeri pertama mencabar proses persempadanan semula SPR, September lalu.

Kerajaan negeri menamakan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Lihat Komen