malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Pelabur China di Forest City guna pakai dasar Dr M'
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 9:19 AM
Dikemaskini: 1:23 AM
ADS

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar bahawa jika pelabur China menerima kewarganegaraan, ia adalah kerana pelaburan mereka di bawah dasar yang diperkenalkannya.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Jason Teoh berkata, pelabur bagi projek pembangunan Forest City di Gelang Patah berbuat demikian di bawah program 'Malaysia Rumah Kedua' yang diperkenalkan oleh Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri.

Program 'Malaysia Rumah Kedua' dilancarkan pada tahun 2002.

"Oleh itu, Mahathir sendiri tahu sama ada pelabur China akan dengan mudah diberi kewarganegaraan Malaysia dan sama ada kerajaan Johor menjual tanah kepada mereka," katanya dalam kenyataan.

Program 'Malaysia Rumah Kedua' membolehkan warga asing yang layak untuk tinggal di Malaysia selama mana yang mereka mahukan dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Setiap pas lawatan sosial dikeluarkan untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui.

Pembelian hartanah bukan pra-syarat untuk melayakkan diri warga asing dalam program tersebut dan mereka yang memohon dibenarkan untuk membeli harta kediaman mengikut harga minimum setiap negeri.

Di Johor, warga asing yang menyertai program 'Malaysia Rumah Kedua' dibenarkan untuk membeli hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta.

Teoh yang juga Ketua MCA Bahagian Gelang Patah berkata demikian selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas Mahathir kerana bersikap oportunis mengenai pelaburan China di Forest City.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen