malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Laksanakan operasi Fox-Hunt, Sky-Net di M'sia'
Diterbitkan:  Jan 12, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: 9:24 AM
ADS

Malaysia perlu mencontohi China yang secara agresif memburu mana-mana warganya yang melarikan diri ke luar negara ketika sedang disiasat atas kesalahan ekonomi atau rasuah, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Pemburuan tersebut akan membolehkan golongan tersebut dibawa balik untuk dihadapkan ke muka pengadilan, jelas beliau.

"Mungkin Malaysia perlu mencontohi China yang menjalankan operasi Fox-Hunt dan Sky-Net bagi membawa balik mereka yang terpalit kesalahan ekonomi atau rasuah seperti Jho Low dan kalangan yang terlibat dalam skandal 1MDB dan SRC International untuk dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia.

"Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara akan melakukan kemungkinan seperti ini?" tanya Lim dalam kenyataan hari ini.

Lim merujuk kepada operasi yang dijalankan China dengan nama kod Fox-Hunt dan Sky-Net untuk mencari dan membawa balik para pegawainya yang melakukan rasuah dan melarikan diri dan bermastautin di luar negara.

China juga telah berunding dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan UK untuk perjanjian ekstradisi atau persetujuan untuk membenarkan penghantaran balik mengikut kes demi kes.

Seperti China, siasatan pihak berkuasa Malaysia ke atas beberapa kes rasuah telah terjejas ekoran saksi dan suspek telah melarikan diri ke luar negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen