malaysiakini logo
story-image
ADS

1MDB yang begitu dikenali di seantero dunia atas sebab yang salah telah melantik juruaudit baru, iaitu kira-kira enam bulan selepas firma sebelum ini Deloitte Malaysia bertindak menamatkan perkhidmatan.

Semalam, Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mendedahkan Parker Randall dilantik sebagai juruaudit baru untuk cabang pelaburan negara itu.

Tetapi siapa, atau lebih tepat, apa Parker Randall?

Parker Randall merujuk kepada gabungan firma-firma ahli Parker Randall International Limited.

Parker Randall, bagaimanapun, mempunyai banyak syarikat bersekutu di seluruh dunia dan syarikat anggota yang menawarkan khidmat audit, perakaunan dan lain-lain di 53 buah negara dengan lebih 100 pejabat.

Setiap firma, berkata gabungan itu dalam laman webnya, diteliti menerusi proses semakan dan kajian sebelum menyertai rangkaian Parker Randall.

Seperti yang dinyatakan di laman webnya, setiap firma ahli merupakan entiti sah yang berasingan dan bebas.

Oleh itu, tindakan entiti tertentu tidak mengakibatkan sebarang liabiliti ke atas firma-firma ahli yang lain.

Aftaas (Afrizan Tarmili Khairul Azhar), di sudut yang lain, merupakan firma ahli Parker Randall di Malaysia.

Ia tidak jelas, bagaimanapun, sama ada Parker Randall atau cawangan tempatan yang akan mengaudit 1MDB.

Malaysiakini telah menghubungi kedua-duanya, Parker Randall dan Aftaas untuk mendapatkan penjelasan dan sedang menunggu jawapan balas.

Apa yang kita tahu tentang Parker Randall?

Berdasarkan laman web korporatnya, Parker Randall disimpulkan sebagai 'penyedia perkhidmatan percukaian, jaminan, perundingan serta khidmat nasihat kewangan'.

Parker Randall International Limited ditubuhkan pada Ogos 2003 dan didaftarkan bagi mengendalikan kerja-kerja pengauditan di United Kingdom oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Ia didaftarkan sebagai perkongsian liabiliti terhad di England dan Wales.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen