malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PERKASA mahu k'jaan teliti lantikan pengurusan FGV
Diterbitkan:  Dec 24, 2016 8:32 PM
Dikemaskini: 12:34 PM
ADS

Pengerusi Biro Ekonomi dan Agenda Nasional PERKASA, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, pihaknya mendesak kerajaan meneliti semula kewajaran pelantikan pengurusan tertinggi FGV yang bertanggungjawab menyebabkan FELDA mengalami kerugian ribuan juta ringgit.

"Ini termasuk tindakan memecat pengerusi syarikat tersebut sekiranya kepincangan ini benar sehingga menyebabkan FELDA telah mengalami kerugian ribuan juta ringgit.

"Pada masa yang sama, PERKASA turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap FGV," katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, harga saham FGV jatuh 4.94 peratus berikutan pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ia tidak lagi mempunyai sebarang pegangan dalam syarikat tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kata FGV, pihaknya menghormati pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli dan menjual saham mengikut keutamaan pelaburan mereka.

Mengulas lanjut, Ruhanie berkata, jika terbukti wujud kepincangan dan salah guna kuasa, SPRM perlu bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan angkara tersebut.

"Biro ekonomi PERKASA tidak mahu mencetuskan persepsi salah guna kuasa seperti 1MDB. Ini kerana FGV melibatkan ribuan pemegang saham, khususnya pribumi Melayu," tambah beliau.

Lihat Komen