malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Badan profesional lain juga perlu bersuara, kata Ragunath
ADS

Lebih banyak badan profesional perlu bersuara terhadap isu yang melanda negara ini, gesa bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ragunath Kesavan.

"Adalah penting untuk badan-badan profesional menyatakan pendirian dan bersuara. Ia tidak semestinya dalam situasi anda perlu menentang kerajaan, tapi jika ya, lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa pembentangan dalam sesi persidangan oleh Dialog Rakyat Untuk Perpaduan di Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Badan Peguam Malaysia dikenali kerana kelantangannya, tetapi ia tidak seharusnya menjadi satu-satunya badan profesional di Malaysia berbuat demikian.

"Apakah pandangan akauntan terhadap 1MDB? Adakah ini perkara biasa, yang firma-firma perakaunan besar dan tiada hukuman?

"Adakah tidak perlu perbahasan mengenai bagaimana laporan Audit Negara telah dijalankan," kata beliau.

Beliau juga memberi contoh jambatan pejalan kaki yang runtuh berhampiran Mid Valley Megamall pada Rabu lalu dan mempersoalkan mengapa organisasi profesional bagi jurutera dan arkitek tidak bercakap mengenai kejadian itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen