malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib: Masalah dalaman dah selesai, fokus PRU14
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 6:11 PM
Dikemaskini: 11:23 AM
ADS

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu anggota parti memberikan fokus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi dan bukannya pemilihan parti.

Perdana menteri berkata beliau dapat 'menghidu' terdapat anggota parti yang lebih berminat kepada pemilihan Umno.

"Saya nampak ada (anggota) main tali halus. Saya dah lama dalam politik boleh baca, saya tahu dia sokong siapa. Nak main tali halus sikit tak apa tapi jangan hilang fokus dan hala tuju," katanya dalam ucapan penggulungan di akhir perhimpunan agung Umno 2016 di PWTC hari ini.

Najib berkata dengan masalah dalaman Umno yang kini telah diselesaikan, tumpuan anggota Umno sekarang seharusnya ke arah menghadapi PRU14 untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya.

"Kalau lihat pada roh perjuangan, kita semua mempunyai satu iltizam, sudah selesai masalah dalaman Umno. (Sekarang) nak hadap ke mana? mana? PRU14, bukan pemilihan Umno," katanya.

Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang bakal berakhir pada Jun 2018, manakala pemilihan Umno yang kali terakhir diadakan pada Oktober 2013 dan sepatutnya diadakan tahun ini ditunda selama 18 bulan.

- Bernama

Lihat Komen