malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib akan hadir Himpunan Solidariti Rohingya esok
ADS

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan tegas mengesahkan kehadiran beliau dalam acara Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya esok.

Malah, Najib turut menjelaskan, perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

"Saya mahu beritahu beliau (U Zaw Htay), ini bukan tentang mengganggu hal ehwal Myanmar, ini adalah mengenai mempertahankan hak-hak kemanusiaan sejagat!," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh semasa memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016, hari ini.

Ekoran kenyataan itu, ribuan perwakilan Umno yang berada dalam Dewan Merdeka berdiri dan melaungkan 'Allahuakbar'.

Malah, Najib turut bertanya pada perwakilan sama ada beliau patut menghadiri himpunan berkenaan dan menerima jawapan "Ya".

"InsyaAllah, saya, Najib Razak, presiden Umno akan hadir.

"Dan saya tidak akan mengubah fikiran kerana ia bukan Najib yang akan menghadiri tetapi Najib yang mewakili tiga juta ahli Umno," kata Najib begitu lantang.

Himpunan berkenaan juga dipercayai akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen