malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Usaha MP ketepi saman Najib didengar pada 17 Jan
Diterbitkan:  Dec 1, 2016 11:53 AM
Dikemaskini: 4:00 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 17 Januari depan untuk mendengar permohonan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk mengetepikan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak semasa pengurusan kes hari ini.

Peguam Pua, Aliff Benjamin Suhaimi, berkata pendengaran ditetapkan pada jam 3 petang pada tarikh itu.

“Tiada juga tanda-tanda sama ada Najib akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu ini untuk memasukkan semula sebahagian daripada pembelaan Pua,” kata Aliff.

Najib mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuan.

Najib menyaman Pua dan pemilik Media Rakyat Chan Chee Kong susulan video di Youtube yang memaparkan setiausaha publisiti DAP itu menuduhnya telah dan akan terus mencuri wang 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen