malaysiakini logo
story-image
ADS

Hanya beberapa minit selepas kerajaan membatalkan usul menggantungnya, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) membuat kejutan di Dewan Rakyat dengan mendakwa berlakunya rasuah di Parlimen.

Lim mendakwa beberapa anggota keselamatan Parlimen meminta rasuah bagi mendapatkan tempat untuk meletak kereta.

"Orang ramai yang cuba meletak kereta di sini tidak berjaya kerana kekurangan ruang letak kereta kerana anggota keselamatan menutup tempat letak kereta.

"Anggota keselamatan kemudian meminta bayaran RM10 untuk bayaran letak kereta," dakwanya.

Katanya, beliau mempunyai bukti dan saksi untuk membuktikan dakwaannya itu.

"Saya bukan hanya mahu melindungi parlimen, saya mahu membersihkan rasuah," katanya.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian mengarahkan pentadbiran parlimen untuk menyiasat perkara itu.

Parlimen kini sedang diubah-suai secara besar-besaran dan tempat letak kereta yang terhad terpaksa dikongsi oleh pegawai kerajaan, media, dan pelawat.

Tempat parkir lazimnya penuh sebelum jam 9:30 pagi, setengah jam sebelum Parlimen bersidang.

Orang ramai tidak mempunyai pilihan tetapi terpakasa meletakkan kenderaan mereka di jambatan yang menuju ke parlimen, atau di Bukit Aman atau Tugu Negara yang terletak dalam jarak kira-kira 10 minit berjalan kaki ke lobi Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen