malaysiakini logo
story-image
ADS

Kerajaan membatalkan usul menggantung Lim Lip Eng (DAP-Segambut) atas dakwaan menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Keputusan itu dibuat selepas Lim - yang biasanya cepat baran - memberitahu sidang beliau sedia menarik balik kenyataan dibuatnya terhadap Pandikar.

"Saya sedia untuk menarik balik kenyataan yang kesat terhadap speaker," kata Lim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian berkata Pandikar memaklumkan padanya kesediaan menerima permohonan maaf Lim.

"Saya dimaklumkan speaker bersedia menerima jika Segambut membuat permohonan maaf secara terbuka, maka kerajaan akan menarik balik usul yang akan dibuat," katanya disambut sorakan beberapa anggota parlimen.

Azalina kemudian meminta Lim berterima kasih kepada Pandikar dan ia dipatuhi anggota parlimen terbabit.

Usul menggantung Lim dibawa ke persidangan selepas beliau didakwa melakukan kecaman berterusan terhadap Pandikar.

Antara lain Lim mendakwa Pandikar memalukan parlimen dan mempertikaikan tindakan speaker itu melarang soalan lisan berhubung siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap skandal 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen