malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemuda Umno cawangan buat laporan polis nafi ugut ahli BERSATU
ADS

Pemuda UMNO Cawangan Krubong Tengah hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Malim, Melaka menafikan anggota cawangan
itu melakukan ugutan terhadap Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mohd Rafiq Naizamohideen.

Ketuanya Ramli Mat Sit berkata tuduhan Mohd Rafiq dalam status Facebooknya semalam, mendakwa anggota cawangan itu mengugutnya dan terlibat dengan tindakan samseng dalam sebuah ceramah PPBM di Krubong di Melaka sekitar tengah malam semalam, adalah tidak benar.

"Saya buat laporan (polis) kerana saya dapati Mohd Rafiq telah membuat
fitnah dan bertujuan jahat terhadap pemimpin UMNO Cawangan Krubong Tengah dan meminta pihak polis menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Melaka hari ini.

Ramli turut membuat satu lagi laporan polis meminta polis menarik balik
permit kelulusan ceramah PPBM pada 26 November ini di Kampung Krubong Tengah di sini bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini akibat tuduhan dibuat oleh Mohd Rafiq.

Mohd Rafiq semalam mendakwa menerima ugutan daripada pemimpin UMNO sebuah cawangan supaya tidak menghadiri ceramah PPBM di Krubong di sini dan turut mendakwa anggota UMNO ada terlibat dengan insiden sebuah kereta dibakar ketika beliau berbicara di sebuah warung dengan penduduk di Krubong. -Bernama

Lihat Komen