malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Selain PKFZ, 9 lagi kes rasuah gagal dipertangungjawabkan
ADS

Isu lama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencuri tumpuan lagi selepas bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) OC Phang dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan wang sebabnyak RM254.85 juta.

Perkara ini tidak berapa mengejutkan, memandangkan dua bekas menteri – Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy – juga telah dibebaskan, masing-masing pada Oktober 2013 dan Januari 2014.

Setakat ini, belum ada sesiapa disabitkan bersalah atas kesalahan dalam skandal itu.

Selain Phang, Ling dan Chan, tiga lagi pihak daripada sektor swasta – bekas ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd Steven Abok, bekas pengurus prohek Law Jenn Dong dan perunding projek BTA Architect Bernard Tan – turut berdepan pelbagai pertuduhan.

Kerajaan berikrar bertindak terhadap Kementerian Pengangkutan berkaitan isu itu manakala Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Chan dan Phang disiasat atas kesalahan pecah amanah.

Bagaimanapun, kes PKFZ bukan insiden terpencil dalam tempoh tiga dekat terakhir.

Terdapat banyak lagi kes berprofil tinggi, yang mengakibatkan ketirisan mencecah angka berbilion ringgit tetapi berakhir dengan tiada siapa dipertangunghjawabkan.

Ia tetap berulang ketika kerajaan terus berikrar untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa.

Malaysiakini menyemak semula kes-kes serupa, iaitu:

(1) Perwaja Steel

Dibentuk pada 1982, syarikat kerajaan cetusan ilham bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat menyertai industri berat.

Bagaimanapun, pada tahun pertama sahaja, usahasama bernilai RM250 juta itu mengalami kerugian sebanyak RM120 juta dalam tahun pertama operasinya.

Beberapa percubaan dilapor dibuat untuk menyelamatkan PERWAJA tetapi tidak berjaya. Dianggarkan lebih RM15 bilion lagi hilang dalam proses itu.

Bekas pengurus syarikat itu Tan Sri Eric Chia pada 2009 dituduh pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM76.4 juta.

Tiga tahun selepas itu, ahli perniagaan kelahiran Singapura itu dibebaskan selepas mahkamah mendapat pihak pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi penting.

(2) National Feedlot Centre (NFC)

Laporan Ketua Audit Negara pada 2010 menyenaraikan beberapa kelemahan NFC, terutamanya berkaitan kegagalan mencapai sasaran membiakkan 8,000 menjelang 2010.

National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat yang menerima pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta untuk menguruskan NFC, mencuri perhatian selepas wang itu didedahkan diguna untuk pembelian harta tanah dan perbelanjaan lain.

Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada menteri Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, kemudian berdepan empat pertuduhan melibatkan wang bernilai RM49.7 juta pada Mac 2012.

Bagaimanapun, pada November 2015, pihak pendakwaan membatalkan semua eprtuduhan pada Salleh.

(3) Kes Kasitah Gaddam

Pada 12 Februari 2012, menteri menteri tanah dan pembangunan koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam dituduh terlibat dengan amalan rasuah dalam penjualan saham bernilai RM24 juta ketika memimpin sebuah badan milik kerajaan Sabah.

Menteri Umno juga juga berdepan pertuduhan kedua mengelirukan pengarah-pengarah Lembaga Pembangunan Tanah Sabah dalam rundingan saham lapan tahun lalu.

Tujuh tahun kemudian, Mahkamah Tinggi membebaskan Kasitah dengan alasan kegagalan pendakwaan gagal memanggil anggota lembaga pengarah sebagai saksi telah menjejaskan kes itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen