malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri nafi spekulasi soalan SPM bocor
Diterbitkan:  Nov 9, 2016 5:06 PM
Dikemaskini: 9:07 AM
ADS

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid menafikan spekulasi bahawa kertas Sejarah SPM bocor.

Beliau mengulas khabar angin yang tersebar di laman sosial yang menyatakan peljar tingkatan lima perlu menduduki semula kertas berkenaan.

Menulis di Twitter, Khalid berkata kementerian pendidikan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Sementara itu, kementerian pendidikan dalam satu kenyataan ringkas juga menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan bahawa peperiksaan ulangan subjek sejarah seperti yang diviralkan di media sosial.

“Kementerian ini menasihatkan kepada orang awam agar tidak mempercayai kenyataan media berkenaan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen