malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri: 1MDB masih cari juruaudit 'sedia' ganti Deloitte
ADS

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata 1MDB masih belum menemui juruaudit baru untuk mengganti Deloitte Malaysia, yang menarik diri pada bulan Julai.

Oleh itu, 1MDB masih tidak dapat mengemukakan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2015 walaupun diberi dua lanjutan tempoh enam bulan sehingga Mac 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengemukakan laporan itu.

Katanya, beliau telah memberitahu lembaga pengarah 1MDB bahawa mereka perlu segera meneliti akaun mereka.

"Malah, lembaga pengarah telah meneliti untuk melantik juruaudit baru sejak Deloitte menarik diri," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa masalahnya ialah ia tidak dapat melantik juruaudit baru.

"Saya rasa mereka mahu mencari juruaudit yang bersedia menerima tugas itu," katanya ketika ditanya sebab ketidakupayaan 1MDB untuk menjamin juruaudit baru.

"Ada banyak perkara (yang perlu dilakukan). Saya yakin lembaga pengarah dan juga pihak pengurusan perlu meyakinkan juruaudit supaya mereka bersedia untuk menerima tugas itu," jelasnya.

"Semua syarikat di bawah Kementerian Kewangan mesti berupaya untuk mengaudit (akaun mereka). Jika tidak, mereka mesti beritahu kami mengapa. Dalam kes ini, mereka telah memberitahu kami mereka tidak dapat mendapatkan juruaudit untuk menggantikan Deloitte," kata Johari yang juga anggota majlis tertinggi Umno.

Malaysiakini telah cuba untuk menghubungi Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Presidennya Arul Kanda Kandasamy untuk mengulas lanjut.

Awal bulan ini, Arul Kanda berkata Deloitte menarik diri kerana tidak dapat menyiapkan pengauditan akaun 2015 firma pelaburan itu.

Firma itu memberikan sebab yang sama seperti sebelum ini, bahawa ia menunggu pemulangan dokumennya, yang dirampas dalam satu serbuan tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen