malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Raja Muda Perlis dilantik semula sebagai Canselor UniMAP
ADS

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 13 Disember ini.

Ini pelantikan keempat baginda selaku Canselor bagi institusi pengajian
tinggi itu. Kali pertama Tuanku Syed Faizuddin menerima watikah pelantikan jawatan itu pada 2004.

Pelantikan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Datuk Prof Emeritus Ir Dr Zainal Mohamed diiringi Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal mempersembahkan watikah itu kepada Raja Muda Perlis di Bilik Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP di Pauh Putra di Arau.

Baginda berjanji untuk terus memberi yang terbaik serta bersama-sama naib canselor dan warga UniMAP membawa universiti itu menjadi institusi akademik dan penyelidikan terhebat serta berdaya saing di persada antarabangsa.‎

UniMAP merupakan universiti awam yang melahirkan banyak jurutera
berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara. - Bernama

Lihat Komen