malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Politik jejaskan konvoi BERSIH di Selangor?
Diterbitkan:  Oct 23, 2016 10:23 AM
Dikemaskini: 3:31 AM
ADS

Konvoi BERSIH di Selangor menghadapi masa sukar untuk mendekati orang ramai dan ia tidak sepenuhnya merupakan kesalahan kumpulan Baju Merah.

Sebaliknya masalah itu mungkin daripada parti politik yang cuba meraih kepentingan menerusi konvoi itu.

Malaysiakini difahamkan BERSIH terpaksa bergantung kepada parti-parti politik, terutama PKR, untuk merancang laluan konvoi dan lokasi hentian di kawasan luar bandar di utara Selangor, kerana kurang NGO mesra BERSIH di sana.

Tetapi tidak seperti di negeri-negeri lain, di mana konvoi BERSIH berhenti berbelas kali untuk melibatkan diri dengan penduduk tempatan, namun ia hampir tidak berlaku di Selangor.

Sepanjang tiga minggu di kawasan utama Melayu di negeri ini, konvoi itu hanya berhenti tiga kali untuk menyebarkan mesej kepada orang ramai - dan semua itu telah dibuat minggu lepas.

Keadaan itu menyebabkan usaha untuk meraih sokongan terutama di kalangan orang Melayu luar bandar untuk datang ke perhimpunan BERSIH pada 19 November kurang berkesan.

Timbalan Ketua PKR negeri Zuraida Kamaruddin menyambut konvoi BERSIH dari Teluk Intan ke stadium kosong di Sabak Bernam dua minggu lepas, disebabkan oleh gangguan Baju Merah.

Tetapi keadaan tidak bertambah baik minggu lalu apabila laluan yang dirancang oleh jawatankuasa tempatan yang diterajui PKR tidak berhenti untuk mengedarkan risalah sepanjang perjalanan dari Sekinchan ke Kuala Selangor.

Sebaliknya, persinggahan pertama konvoi ini adalah di rumah seorang pemimpin PKR Kuala Selangor, di mana penceramah - kebanyakannya daripada parti itu - bercakap sesama mereka selama dua jam dan bukannya mendekati orang ramai.

Mereka kemudian mengedarkan risalah di tiga lokasi, tetapi diganggu oleh kumpulan anti-BERSIH.

Keadaan malah lebih buruk semalam, apabila satu-satunya perhentian untuk mengedar risalah dalam konvoi BERSIH dari Kuala Selangor ke Kapar tidak berjalan dengan sempurna.

Ini disebabkan kurang koordinasi dan kekurangan tempat letak kereta di pekan Kapar dan polis tidak membenarkan mereka untuk berhenti.

Sebaliknya konvoi itu - berakhir menjadi majlis penyerahan obor oleh bekas ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dari Kuala Selangor, kepada pasukan BERSIH Kapar, yang diketuai oleh PKR cawangan Kapar.

Satu sumber PKR memberitahu Malaysiakini bahawa polis meminta konvoi itu tidak berhenti di Kapar dan mengedarkan risalah untuk mengelakkan sebarang konfrontasi dengan Baju Merah.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen