malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Chong Wei kalah mengejut di Terbuka Denmark
Diterbitkan:  Oct 22, 2016 9:45 AM
Dikemaskini: 1:48 AM
ADS

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal menepati ramalan untuk mara ke saingan separuh akhir Terbuka Denmark apabila tewas kepada pemain beranking lebih rendah dari Perancis, Brice Leverdez awal pagi ini di Taman Sukan Odense.

Namun pemain beranking ke-38 dunia itu terpaksa bertungkus-lumus hampir sejam 17 minit untuk menidakkan kemaraan ikon badminton negara tersebut dengan mata 21-17, 20-22 dan 21-19.

Chong Wei sebelum ini pernah tiga kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012.

Hanya beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang masih meneruskan perjuangan Malaysia.

Mereka menewaskan beregu China Li Junhui/Liu Yuchen pada saingan suku akhir lewat malam tadi dan bakal bertemu beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Mathias Boe/Carsten Mogensen.

- Bernama

Lihat Komen