malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mazlan Aliman kini perlu bantuan kewangan elak muflis
ADS

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, Mazlan Aliman kini memerlukan bantuan orang ramai bagi membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan Mazlan yang berjuang atas kapasiti presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), untuk mengelak daripada berdepan kemungkinan diisytiharkan muflis.

Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, Mazlan adalah seorang anak peneroka yang bangun memperjuangkan nasib dan perubahan kepada peneroka.

Namum, dalam perjuangannya, beliau telah menghadapi pelbagai tentangan dan halangan dan adalah sewajarnya rakyat Malaysia menyanjung tinggi semua usaha Mazlan membela golongan tertindas yang tidak terbela, ujarnya.

Malah, Mat Sabu berkata kerana kegigihan dan keberanian presiden ANAK itu menyebabkan pihak-pihak yang berkuasa berusaha untuk mengekang pergerakan dan perjuangan Mazlan.

"Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya dan tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisannya.

"Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau," kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman di Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Lihat Komen