malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Masa untuk 'ikat perut', kata PM kepada kementerian
Diterbitkan:  Oct 18, 2016 12:24 PM
Dikemaskini: 4:32 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan para menteri untuk bersedia menghadapi masa terkehadapan yang mencabar dan 'mengikat perut' dengan mengambil kira keperluan kewangan kementerian masing-masing.

The Star Online melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah bertemu dengan Perdana Menteri pada minggu lepas bagi membincangkan cadangan kementerian itu untuk mengukuhkan ekonomi.

"MITI meminta peruntukan tambahan. Kami memahami keadaan tetapi kami berharap agar dapat sokongan bagi pelaburan dan promosi perdagangan.

"Kami dimaklumkan bahawa keadaan adalah sukar tetapi adalah penting bagi kerajaan dan Perbendaharaan memutuskan apa yang menjadi keutamaan.

"Ada yang anda dapati terpaksa dilepaskan. Anda dapat sedikit, anda terlepas sedikit," beliau dipetik sebagai berkata.

Sambil menegaskan mengenai keperluan untuk membelanjakan dana awam dengan kaedah yang bijaksana, Perdana Menteri akan mengadakan sesi khas dengan para menteri untuk mengetahui keperluan dan aspirasi mengenai Bajet 2017.

Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2017 pada hari Jumaat.

Sementara itu, Mustapa berkata, cadangan MITI tertumpu kepada penekanan ke atas pelaburan dan perdagangan selain menyokong perusahaan kecil dan sederhana.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen