malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Imigresen batal larangan Pua ke luar negara
Diterbitkan:  Oct 15, 2016 1:59 PM
Dikemaskini: 6:05 AM
ADS

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sudah boleh ke luar negara selepas pihak Imigresen menarik balik larangan perjalanan dikenakan ke atasnya oleh ketua pengarah jabatan itu tahun lepas.

"Berita baik akhirnya!," tulis Pua di Facebook beliau.

"(Peguam saya) Gobind Singh Deo memberitahu saya bahawa peguam kanan persekutuan di Jabatan Peguam Negara telah memaklumkan kepada beliau bahawa larangan perjalanan saya telah ditarik balik," katanya.

Pua dilarang ke luar negara sejak Julai 2015, ketika beliau disiasat oleh polis kerana didakwa menjalankan "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen".

Langkah itu dikaitkan dengan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas skandal 1MDB. Usaha Pua melakukan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ketua pengarah Imigresen ditolak oleh mahkamah pada Julai lalu.

Mahkamah Tinggi mengekalkan larangan perjalanan yang sah kerana mengatakan dia sedang disiasat bagi kesalahan yang serius dan hak untuk memiliki pasport dan perjalanan ke luar negara bukan sebahagian daripada kebebasan peribadi yang dijamin oleh perlembagaan.

Pua berkata pemeriksaan dalam talian menunjukkan bahawa dia kini dibersihkan untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

"Saya baru sahaja periksa laman web Imigresen dan ya, status saya kini 'tiada halangan.

"Melihat ke depan untuk lawatan pertama saya di luar negara!" katanya.

Pua bukan satu-satunya individu yang dilarang daripada ke luar negara kerana kerajaan telah bertindak terhadap ahli-ahli politik dan aktivis yang mengkritik pentadbiran kerajaan.

Sekatan perjalanan ke luar negara adalah satu tindakan yang dikatakan untuk menghalang mereka daripada mencemarkan imej negara.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH), Maria Chin Abdullah adalah salah seorang daripada mereka yang dilarang meninggalkan negara ini sejak Mei lalu.

Lihat Komen