malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ceramah 1MDB: Jemputlah saya, kata Pua pada Arul Kanda
Diterbitkan:  Oct 11, 2016 5:17 PM
Dikemaskini: 10:43 AM
ADS

Dalam bidasan sinisnya, ahli parlimen DAP Tony Pua mencadangkan dirinya diundang untuk bersama dalam forum di Universiti Malaya malam ini, yang akan menampilkan presiden dan pengarah eksekutif, 1MDB, Arul Kanda.

"Jemput lah saya. Saya berasa terpinggir. Bagaimana kamu boleh berbincang mengenai 1MDB tanpa saya?" katanya di Facebook.

Pua adalah antara pengkritik lantang 1MDB, yang menurut firma pelaburan negara itu, sentiasa membuat tuduhan kitar semula bermotifkan politik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga menyatakan rasa terkejutnya bahawa Arul Kanda masih mahu berceramah berikutan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan dana 1MDB.

"Oh wow. Saya fikir Arul Kanda sudah hilang dari peta sejak DOJ AS mengesahkan berbilion-bilion ringgit (didakwa) diselewengkan daripada 1MDB...

"Nampaknya dia masih ada dan membantu agensi propaganda BN, JASA yang dibiayai oleh dana kerajaan untuk ke universiti awam Malaysia bagi mempengaruhi (pelajar) yang terbaik dan cemerlang," katanya.

Mesyuarat town hall yang dianjurkan bersama oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), hanya dibuka kepada pelajar universiti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen