malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPR mula beli barangan untuk pilihan raya
Diterbitkan:  Oct 10, 2016 10:11 AM
Dikemaskini: 2:56 AM
ADS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah meminta sebut harga untuk bekalan yang akan digunakan untuk pilihan raya umum.

Ini berlaku selepas Presiden Gerakan Mah Siew Keong berkata mereka menjangkakan pilihan raya umum ke-14 akan berlangsung dalam tempoh sembilan bulan.

SPR meminta sebut harga untuk baju vest, topi dan kemeja T.

Notis itu disiarkan dalam laman perolehan negara pada 4 Oktober minggu lalu.

Bulan lalu, anggota parlimen Seri Tanjong Chan Foong Hin memuat naik gambar didakwa notis meminta sebut harga untuk bekalan fail poket dengan soalan “pilihan raya tidak lama lagi?”.

SPR juga telah mempamerkan cadangan persempadanan semula yang tempoh bantahan awamnya akan berakhir Sabtu ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen