malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wanita pengsan dapat 'penyapu terbang' di rumah pangsa
ADS

Masalah keselamatan di rumah pangsa bukan perkara baru, termasuk objek dibuang sesuka hati daripada tingkat atas.

Terbaru, seorang wanita 48 tahun antara yang menjadi mangsa sehingga pitam, mengalami pendarahan teruk dan menerima lebih 20 jahitan di kepala.

“Saya mendapat 20 lebih jahitan, 20 lebih jahitan! Saya segera bergerak ke hospital dan mengalami pendarahan teruk,” kata suri rumah 48 tahun, Yip Yoke Kheng.

Dalam sidang media di sekitar tempat kejadian di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Yoke menjelaskan insiden itu berlaku pada pagi Ahad lalu ketika beliau dalam perjalanan ke pasar untuk membeli-belah.

Katanya, sedang berjalan, kepalanya ditimpa sebatang penyapu yang jatuh dari tingkat atas, menyebabkan luka kira-kira 4cm.

Yip membuat laporan polis berkaitan perkara itu di Pudu pada hari yang sama.

Sidang media hari ini dianjurkan oleh Pemuda MCA Cheras. Ia turut disertai oleh penduduk sekitar yang bimbang keselamatan mereka.

Seorang penduduk berharap perkara itu dalam diselesaikan kerana ia bukan pertama kali berlaku.

“Ini disebabkan perkara ini bukan baru, tetapi lama dihadapi,” kata wanita 40-an itu yang enggan namanya dipetik.

Penduduk berharap keselamatan dapat ditingkatkan di kawasan itu, antaranya dengan membaiki kamera litar tertutup (CCTV) yang sudah rosak.

Sementara itu, Naib Pengerusi Pemuda MCA Cheras Teoh Chee Hooi berharap orang ramai mempunyai kesedaran sivik, di samping berharap penduduk lebih berwaspada.

“Kesedaran awam harus ditingkatkan agar insiden yang demikian tidak akan ulang lagi pada masa depan.”

Lihat Komen