malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sidek Kamiso ditangkap lagi, tapi dibebas dengan jaminan
ADS

Bekas wartawan Sidek Kamiso ditangkap lagi hari ini berhubung satu tweet yang didakwa menghina Islam.

Isteri Sidek, Norlin Wan Musa, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau ditangkap ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat pagi ini.

"Beliau ditangkap di bawah Seksyen 298 (a) Kanun Keseksaan, kerana mereka kata ada seseorang buat laporan polis terhadapnya," kata Norlin.

Norlin, bagaimanapun berkata Sidek dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat selama hampir tiga jam.

Beliau ditangkap minggu lalu dalam satu serbuan awal pagi di rumahnya di Kuala Lumpur, dan dibawa ke Johor Bahru di mana permohonan reman polis ditolak oleh majistret.

Beliau ditangkap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kerana didakwa menyiarkan tweet yang menyakitkan hati.

Tweet itu dikatakan ada kaitan dengan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen