malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
UM tak beri ijazah kehormat pada Azizan Osman
Diterbitkan:  Sep 29, 2016 12:55 PM
Dikemaskini: 5:05 AM
ADS

Susulan perbincangan hangat di media sosial, Universiti Malaya (UM) hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada penceramah motivasi Azizan Osman.

“Pihak universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

“Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut,” menurut kenyataan di Facebook hari ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Azizan Osman berkaitan perkembangan itu.

Dalam laman web syarikatnya, Azizah diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.

Beliau turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.

Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Lihat Komen