malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Sekadar Melayu-Islam tak cukup untuk dapat sijil halal'
ADS

Cadangan logo halal khusus untuk barangan buatan orang Islam disambut curiga oleh aktivis hak-hak pengguna.

Bekas timbalan presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohamed Shaani Abdullah berkata pendekatan itu boleh mewujudkan persaingan tidak adil dalam perniagaan.

“Saya tidak nampak sebarang asas terhadap cadangan itu. Kamu sebenarnya cipta pembahagian kelas.

“Kamu tak boleh diskriminasi dan (cadangan ini) nyata sebuah diskriminasi,” kata Shaani yang kini berkhidmat sebagai penolong setiausaha di Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Proham).

Shaani berkata, sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dianugerahi berdasarkan standard-standard tertentu dan diterima di seluruh dunia.

“Setiap sijil mesti tertakluk pada standard ini.

“Dalam kes ini, kamu boleh semak (standard Malaysia) MS-1500 berkaitan makanan halal.

Katanya, menjadi pengeluar Melayu-Islam sahaja tidak ukup untuk mendapatkan sijil halal, katanya ketika ditemui di sebuah forum di Petaling Jaya semalam.

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dengan kerjasama Risda semalam dilapor akan melancarkan logo halal baru khusus bagi produk keluaran Muslim, awal tahun depan.

Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata logo itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.

Lihat Komen