malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua NGO buat laporan polis terhadap himpunan Bersih 5
ADS

Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan.

Dua NGO berkenaan adalah Persatuan Sahabat Peniaga-Peniaga Subang Jaya (PSPPSJ) dan Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Veteran Puchong (PKWEVP).

Pengerusi PSPPSJ C. Mariappan berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil mahupun restoran di sekitar ibu kota.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Sementara itu, wakil PKWEVP Izham Ishak berkata NGO lain, kumpulan
Baju Merah juga akan cuba untuk menimbulkan provokasi bagi mengadakan perhimpunan, jika perhimpunan Bersih 5 diadakan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana ia akan
menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam di negara ini.
"Sebagai contoh, sekiranya ada rakyat Malaysia yang ingin keluar bersama keluarga mereka pada hujung minggu pasti akan berasa tidak selamat dan diancam," katanya.

Media sebelum ini, melaporkan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memberitahu sidang media mengenai rancangan pihaknya untuk mengadakan acara konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan itu yang dijadual diadakan pada November nanti.

-Bernama

Lihat Komen