malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Kawasan besar' baru tiket BN untuk menang, kata DAP
Diterbitkan:  Sep 20, 2016 10:44 AM
Dikemaskini: 2:49 AM
ADS

Cadangan perubahan sempadan akan menyaksikan pengundi pembangkang dihimpunkan 'kawasan besar' baru yang akan membuka jalan untuk BN mencapai kemenangan, kata DAP.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, langkah itu adalah jelas memandangkan jangkaan BN berkemungkinan memenangi undi lebih kecil berbanding dengan 48 peratus undi popular yang diperolehi semasa pilihan raya umum tahun 2013.

"Oleh itu, muslihat BN adalah melukis semula sempadan kawasan pilihan raya ke tahap BN akan dijamin kemenangan besar walaupun undi popular terus merosot.

"Cara paling mudah untuk berbuat demikian adalah untuk menghimpunkan pengundi pembangkang ke dalam kawasan pilihan raya besar dengan lebih daripada 100,000 pengundi manakala penyokong tegar BN diletakkan dalam beberapa kawasan pilihan raya lebih kecil," katanya dalam kenyataan.

Contoh yang paling jelas, ujar Pua, adalah di kawasannya sendiri iaitu Petaling Jaya Utara dengan sempadan baru menyaksikan jumlah pengundi melonjak daripada 85,401 kepada 150,439 pengundi.

Berdasarkan analisis DAP, Damansara boleh menang dengan majoriti besar 73,533 manakala jirannya Subang (yang bakal dinamakan semula sebagai Sungai Buloh) menjadi kerusi marginal, tambahnya.

Jika PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,719 pada tahun 2013, majoriti yang diunjurkan buat masa sekarang bagi kerusi Sungai Buloh adalah 'sangat kecil' dengan 3,037 undi, katanya.

Berdasarkan corak mengundi 2013, BN akan menang sekurang-kurangnya tujuh kerusi dewan undangan negeri Selangor - Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang dan Morib.

Semua kerusi tersebut kini dipegang oleh PAS, AMANAH, PKR dan ADUN bebas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen