malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tohmahan DOJ untuk runtuhkan negara Islam, kata Reezal Merican
ADS

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata rakyat di negara ini tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari luar yang memburukkan kepimpinan negara kerana ia dilihat sebagai antara agenda untuk menghancurkan negara.

"Kita dengar pelbagai tohmahan dan asakan dari luar termasuk daripada Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (Amerika) yang dilakukan untuk meruntuhkan negara sama seperti yang dilakukan kepada beberapa negara Islam yang lain.

"Lihat sahaja apa yang terjadi kepada negara Iraq yang suatu ketika dahulu Amerika katakan mempunyai kuasa pemusnah, namun setelah hampir satu juta rakyatnya terkorban dalam serangan yang dilakukan, senjata pemusnah berkenaan masih tetap tidak ditemui.

"Sebab itu kita kena jaga, sebab perkara sebeginilah akan membawa kehancuran kepada negara. Biarlah kedamaian dan keamanan yang kita kecapi kini dapat diwarisi sehingga anak cucu kita, kerana akan ada penamat riwayat kepada semua ini jika kita gagal jadi pentadbir yang baik," katanya.

Reezal Merican yang juga timbalan menteri luar berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan malam tadi.

Turut hadir oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat, timbalannya Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar dan naib ketua UMNO bahagian Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ketua Pemuda bahagian Nara @ Nikman Nordin.

-Bernama

Lihat Komen